WARKAH PRESIDEN



Dalam era ICT penyebaran maklumat cukup meluas dan cepat boleh sampai kepada  ahli-ahli untuk mencari maklumat. Persatuan ini tidak ketinggalan mewujudkan laman blog untuk informasi terkini dan cepat kepada ahli-ahlinya. Persatuan, agensi luar dan jabatan dapat membuat rujukan.


Rakaman terima kasih kepada Jawatan Kuasa Persatuan kerana berkorban masa untuk bertugas secara sukarela kepada persatuan.


Tidak ketinggalan juga tahniah kepada pesara-pesara kerana menjadi ahli dan prihatin  mengikuti program-program tajaan persatuan.

Kepada pesara-pesara baharu dan lama yang belum menjadi ahli persatuan diharap dapatlah dato' / datin / tuan / puan sudi menjadi ahli. Ada kelebihannya. 

Mudah-mudahan kita diberkati dan mendapat rezeki berpanjangan. 
  
YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Haji Wan Mahmood bin Pawan Teh
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia