SALAM YANG DIPERTUA




Syukur Alhamdulillah kita diberi nikmat oleh  Allah SWT. Nikmat untuk kita terus hidup dengan aman damai bersama keluarga, kawan-kawan dan ahli-ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Kelantan.

Sesungguhnya kita semua pesara kerajaan semakin hari semakin terasa suasana berbeza di negara kita yang tercinta. Mungkin kita dari orang bertuah dan dapat menikmati hidup yang selesa sebagaimana yang kita rancangkan. Bersyukurlah semoga diberkati.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakam penghargaan dan terima kasih khusus di atas YB Dato’  Haji Faudzi b. Che Mamat, Setiausaha Kerajaan yang telah memberi perhatian khusus kepada Persatuan kerana menyokong aktiviti-aktiviti Persatuan.  Kepada YAB Menteri Besar, YB Dato’ Seri  Mustapha b. Muhamad, YB Dato’ Haji Hanafi Ahmad, YB Dato’ Haji Anuar Tan Abdullah dan YB Dr Ramli yang telah banyak memberi sokongan.

Tahniah kepada pesara-pesara yang menjadi ahli Persatuan. Kepada mereka yang belum menjadi ahli adalah diharapkan mereka juga menyertai kita. Syabas dan tahniah kepada AJK Persatuan kerana sentiasa bekerjasama memikul tanggungjawab dalam pengurusan Persatuan.

Moga-moga Allah SWT menambahkan keberkatan dan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada kita sekelian.

Sekian.

Dato’ Haji Ismail b.Mohd Noor