satu organisasi.
(b) Mewujudkan pengertian perpaduan dan persefahaman antara ahlinya.
(c) Menjaga kebajikan dan kepentingan-kepentingan para ahlinya
dan membangkitkan persoalan-persoalan yang bersabit kepada pihak
Kerajaan.
(d) Mengadakan kemudahan-kemudahan sedemikian
sebagaimana yang harus dianggap perlu bagi faedah
para ahlinya.
(e) Mewujudkan sebuah atau lebih rumah-rumah kelab
bagi kegunaan para ahlinya.
(f) Menyertai secara perseorangan atau secara bersama
mana-mana kegiatan dan usaha kebajikan dalam
pembangunan Negara.
(g) Memperolehi, membeli, menyewa atau memiliki tanah,
bangunan-bangunan, saham dan aset-aset yang lain sebagaimana yang
mungkin diperlukan bagi mencapai tujuan dan maksud yang tersebut.
(h) Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi menambah kumpulan
wang Persatuan ini. Bagaimanapun, semua wang dan keuntungan yang
diperolehi oleh Persatuan ini dari penyertaan dalam sebarang perniagaan
hendaklah digunakan hanya ke arah perlanjutan, penggalakan dan
perlaksanaan maksud Persatuan ini dan tiada sebahagian daripada wang dan
keuntungan itu boleh dibayar sebagai dividen, bonus atau keuntungan
kepada mana-mana ahli Persatuan ini, dengan syarat bahawa tiada apa-apa
yang ternyata atau terkandung di sini boleh melarang Persatuan ini
membayar dengan ikhlas upah atau perbelanjaan sedemikian atau
kedua-duanya kepada mana-mana ahli Persatuan ini, atau kepada orang atau
orang lain kerana perkhidmatan yang sebenarnya diberikan olehnya atau
oleh mereka kepada Persatuan ini.